fbpx

Pinangan anak mami Penang harga tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Ramai netizen memberi pandangan dan pendapat berbeza mengenai pemberian wang hantaran tinggi yang bakal dikenakan pasangan lelaki sekiranya ada yang menyimpan hasrat mahu menyunting anak mami Pulau Mutiara.

Ini berdasarkan satu ciapan yang dimuat naik menerusi Facebook Penang Press semalam iaitu: “Betoi ka kalu (kalau) nak (hendak) masuk meminang anak mami Penang harga tinggi? Kadang-kadang pasangan dah (sudah) bincang tetapi family (keluarga) letak tinggi pula kecian (kasihan).

Masing-masing netizen meninggalkan komen berbaur humor termasuk ada yang menganggap sebagai satu mitos.

“Hendak berkahwin bukan bermakna untuk menjual anak dengan harga tinggi. Biarkan semuanya dipermudahkan untuk keselesaan kedua-dua pihak,” komen seorang netizen.

“Harga tinggi-tinggi bukan pasai anak mami, tetapi tradisi nak menunjuk-nunjuk. Padahal masuk anak satu, dua semua jadi tong drum,” seloroh seorang pengguna laman sosial.

“Anak mami ikut harga hidung, lagi tinggi hidung dia lagi tinggi hantaran,” balas seorang lagi netizen.

Hantaran berkenaan pinangan anak mami yang menerima pelbagai maklum balas.

Dalam pada itu, seorang lagi netizen turut meletakkan komen: “Aku tak rasa macam itu pun, bukan Penang saja, malah semua negeri dah naikkan lebih daripada RM20,000 hantaran belanja. Anak dara depa kerja kilang ja pon.”

Sehingga petang ini, ciapan tersebut mendapat 18 perkongsian, 296 komen dan 715 pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI