fbpx

Atlas lancar mesin layan diri baharu tampil seni karya artis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kalithasan menunjukkan karya seni 13 artis tempatan yang boleh dibeli melalui mesin layan diri Atlas di REXKL di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Atlas Ven­ding melancarkan mesin layan diri terbaharu dan pertama, non-fungible token (NFT) dengan mencipta platform khusus untuk 13 artis NFT tempatan mempamerkan karya seni ma­sing-masing yang menggabungkan seni serta budaya tempatan.

Bersempena pelancaran tersebut, syarikat telah me­nempatkan 13 mesin layan diri di REXKL dan setiap mesin layan diri itu mewakili setiap negeri di Malaysia serta artis NFT yang berasal dari negeri tersebut.

Pengurus Kanan Pemasaran dan Jualan Sampingan Atlas Vending, Kalithasan Sothinathan berkata, sambutan yang diterima sangat menggalakkan dengan kehadiran ratusan pengunjung di REXKL untuk mendapatkan NFT eksklusif ini.

Menurutnya, mesin layan diri ini akan tersedia dari 16 September hingga 16 Disember ini dan setiap mesin tersebut akan mengandungi sebanyak 300 karya seni NFT yang unik.

Jelas beliau, sebanyak 50 daripada karya tersebut adalah NFT platinum eksklusif yang akan diedarkan secara rawak.

“Sempena sambutan ulang tahun ke-59 Hari Malaysia, setiap NFT boleh didapati dengan hanya RM59.

“Selain itu, mereka yang membeli NFT ini akan berpeluang memenangi beberapa ganjaran menarik daripada 59 pilihan ha­diah yang akan diedarkan secara ra­wak termasuk 13 Nintendo Switch dan 46 hadiah barangan edisi terhad.

“Semua pemenang akan diumumkan pada 9 Disember ini di REXKL,” katanya dalam kenya­taan yang dikeluarkan semalam.

Kalithasan menjelaskan, pelancaran inovasi terbaharu ini adalah susulan kejayaan syarikat dalam kempen Sapot SME tahun lepas yang bertujuan untuk membantu pemulihan Perusahaan Kecil dan Sederhana.

“Atlas kini menyasarkan untuk menjana ekonomi melalui seni dan budaya dengan mewujudkan platform yang memudahkan akses kepada karya seni artis tempatan sambil memberikan kepada mereka pengiktirafan yang sepatutnya.

“Populariti NFT telah melonjak naik kebelakangan ini dan ia telah merevolusikan sektor blockchain, oleh itu kami mahu membawa kesemua 13 artis untuk menarik perhatian rakyat kepada NFT,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI