fbpx

Bomba selamatkan remaja perempuan cuba terjun dari bangunan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Pujukan anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang remaja perempuan yang dipercayai cuba terjun dari bangunan sebuah sekolah di sini hari ini.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.53 tengah hari tadi.

Kata beliau, sepasukan anggota dengan sebuah jentera dari BBP Alor Setar diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Anuar Hamid tiba di lokasi tidak lama kemudian dan mendapati pelajar terbabit berada di tingkat tiga bangunan sekolah itu.

“Pasukan bomba mendapati seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun dipercayai mengalami tekanan berada di atas bumbung anjung tangga di tingkat tiga bangunan sekolah.

“Tindakan anggota adalah dengan memujuk dan menenangkannya. Mangsa kemudian dibawa turun untuk tindakan kaunseling pihak sekolah,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, remaja berkenaan yang berjaya diselamatkan diserah kepada pihak sekolah untuk tindakan kaunseling.

Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI