fbpx

Putera Mahkota Arab Saudi batal hasrat hadiri istiadat pemakaman Ratu Elizabeth II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tempat Mohammed (kiri) akan diwakili oleh salah seorang kerabat diraja, Putera Turki berikutan isu kontroversi baginda mengenai kes Jamal Khashoggi (dalam petak). - Daily Mail

RIYADH – Putera Mahkota Arab Saudi,  Mohammed bin Salman dijangka membatalkan hasrat menghadiri Istiadat Pengebumian Negara Ratu Elizabeth II selepas jemputan beliau ke London berdepan kritikan hebat aktivis-aktivis hak asasi manusia, lapor portal berita MailOnline, semalam.

Sebaliknya, Putera Turki Mohammed Al Saud yang merupakan salah seorang kerabat diraja akan mewakili Arab Saudi  pada istiadat pemakaman yang berlangsung petang ini  (waktu Malaysia), demikian menurut pengesahan Pejabat Luar Negara Britain.

Jurucakap Pejabat Luar Negara berkata, mana-mana ketua negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan United Kingdom (UK) boleh memilih untuk mewakilkan jemputan itu.

Ada sumber yang mengatakan perubahan itu telah dibuat oleh Arab Saudi.

Ini berlaku selepas kumpulan-kumpulan  hak asasi manusia mengkritik keputusan menjemput Putera Mohammed yang sebelum ini  dituduh  bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi oleh perisikan Barat.

Tunang arwah, Hatice Cengiz, turut mengecam pelawaan kontroversi itu.

Hatice berkata, kehadiran putera mahkota akan mencemarkan nama baik mendiang ratu.

Sentimen tersebut dilaungkan oleh aktivis-aktivis  yang mengatakan,  membenarkan kehadiran pemerintah di belakang tabir  Arab Saudi itu sebagai cubaan ‘membersihkan rekod hitam’ hak asasinya.

Monarki Arab Saudi  itu didakwa ‘meluluskan pembunuhan  Khashoggi’ di Konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2018, demikian menurut dakwaan laporan Agensi Risikan Pusat (CIA).

Putera Mohammed yang menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut baru-baru ini berkata, wartawan itu tidak akan menjadi antara 1,000 sasaran utama untuk dibunuh sekiranya benar baginda yang mengeluarkan arahan berkenaan.

Putera mahkota itu adalah salah seorang daripada lebih 500 pembesar asing dan ketua negara yang dijemput untuk istiadat pemakaman Ratu Elizabeth II di Westminster Abbey. 

Kedutaan Diraja Arab Saudi mengesahkan Sabtu lepas bahawa Putera Mohammed dalam perjalanan ke London tetapi tidak mendedahkan butiran lawatannya.

Kira-kira 2,000 orang dijangka menghadiri istiadat pemakaman Ratu Elizabeth II termasuk pemimpin dunia, tetamu khas dan ahli keluarga diraja yang lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI