fbpx

Dr. Zulkifli sah kena Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli.
Tangkap layar ciapan Dr. Zulkifli sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif Covid-19.

Melalui ciapan di laman sosial Twitternya sebentar tadi, beliau menyatakan kini sedang menjalani rawatan seperti diarahkan Kementerian Kesihatan dan kesihatannya adalah baik.

“Saya seru orang ramai yang hadir majlis yang melibatkan kehadiran saya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 dengan segera,” tulisnya.

Beliau mendoakan semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia  daripada Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI