fbpx

Lee Dong-wook diamkan peminat lapar perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE DONG-WOOK

AKTOR kacak Lee Dong-wook terkenal dengan sikapnya yang tegas tatkala berdepan dengan mana-mana peminat yang berkelakuan kurang ajar.

Baru-baru ini, dia menyelar tindakan seorang peminat yang menulis mesej biadab kepadanya dalam aplikasi sembang Universe.

Dalam mesej tersebut, pelakon naskhah Goblin itu mendedahkan, ada seorang peminat memintanya diam kerana dia sedang melakukan kerja yang penting tetapi notifikasi daripada aplikasi tersebut yang terus berbunyi sehingga menimbulkan kejengkelan.

Dong-wook kemudian mempersoalkan, sekiranya ada yang berasa rimas dengan bunyi notifikasi tanpa henti, mengapa peminat itu melanggan aplikasi tersebut.

“Ada ramai yang menyokong, menunggu dan menyayangi saya tanpa batas. Awak tak ada peminat, tapi saya ada! Jadi tengok sajalah saya selama awak hidup. Peminat yang melanggan aplikasi ini pun bertambah setiap hari,” selar Dong-wook.

Melihat perkongsian pelakon itu, rata-rata peminatnya bersetuju dengan tindakannya yang tegas menyelar individu tersebut.

Mereka melabel individu itu sebagai seorang yang laparkan perhatian sedangkan dia boleh menutup bunyi notifikasi ataupun terus berhenti melanggan aplikasi berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI