fbpx

Ratu Elizabeth II kembali ‘bersatu’ dengan cinta sejatinya, Putera Philip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan ini mendirikan rumah tangga ketika Elizabeth baru berusia 21 tahun dan kekal bersama sehingga maut menjemput mereka dalam tempoh hanya berselang setahun. - Getty Images

LONDON – Istiadat pemakaman Ratu Elizabeth II pada petang ini akan menyaksikan penyatuan semula mendiang dengan cinta sejatinya, Putera Philip yang mangkat pada tahun lalu, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Kisah cinta pasangan diraja yang telah melayari bahtera perkahwinan selama 73 tahun ini sangat dikagumi oleh masyarakat dunia.

Ketika Philip mangkat pada April 2021, Elizabeth pernah meluahkan perasaannya kepada salah seorang paderi diraja tentang kesukaran mengucapkan selamat tinggal kepada suami yang disifatkan sebagai kekuatan dan semangat baginda.

Kini, hanya selang setahun ‘perpisahan’ mereka, merpati dua sejoli ini akan kembali ‘bersatu’ dalam Makam Diraja Gereja St. George, Istana Windsor yang turut menempatkan ayahanda, Raja George VI, bonda, Ratu Elizabeth dan abu adindanya, Puteri Margaret.

Keranda Philip dijangka dipindahkan agar kedudukannya bersebelahan mendiang Ratu. 

Berikut jadual pengebumian mendiang Ratu Elizabeth II  hari ini :

  • 6.30 pagi: (1.30 tengah hari waktu Malaysia)

Penghormatan terakhir dihentikan bagi memberi laluan kepada upacara keagamaan di Westminster.

  • 8 pagi (3 petang waktu Malaysia)

Pintu Westminster Hall akan dibuka. Kira-kira 2,000 tetamu termasuk pemimpin dunia seperti Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden akan mula mengambil tempat duduk.

  • 10.35 pagi (5.35 petang waktu Malaysia)

Keranda Ratu Elizabeth diangkat dari catafalque, sebuah struktur pemakaman di Westminster Hall untuk dibawa menaiki gerabak yang menunggu di pintu utara Dewan Westminster.

  • 10.45 pagi (5.45 petang waktu Malaysia)

Jasad mendiang akan dibawa dengan gerabak senjata sebagai sebahagian daripada perarakan tentera besar ke Dewan Westminster.

  • 10.52 pagi (5.52 petang waktu Malaysia)

Gerabak senjata tiba di West Gate di Westminster Abbey dan Raja Charles III akan mengetuai perarakan mengiringi keranda mendiang.

  • 11.00 pagi (6 petang waktu Malaysia)

Perarakan Pengebumian Negara bermula.

  • 11.55 pagi (6.55 petang waktu Malaysia)

Di penghujung penghormatan terakhir itu, tiupan nafiri Last Post akan berkumandang sebelum seluruh negara bertafakur selama dua minit.

  • 12 tengah hari (7 malam waktu Malaysia)

Lagu God Save the King (Tuhan Selamatkanlah Raja) akan dimainkan disusuli dengan irama muzik sedih.

  • 12.15 tengah hari (7.15 malam waktu Malaysia)

Gerabak senjata yang menempatkan kerandan mendiang akan ditarik ke arah Wellington Arch di Hyde Park Corner berhampiran Istana Buckingham.

Kemudian diiringi Raja Charles, kerabat diraja dan perarakan masuk oleh detasmen angkatan bersenjata kontinjen Komanwel dari 56 negara yang dianggotai ratu.

Loceng besar Big Ben menara jam di Istana Westminster diselang seli dengan das tembakan dilepaskan tanda pada setiap satu minit.

  • 1 petang (8 malam waktu Malaysia)

Keranda yang tiba di Wellington Arch, akan dipindahkan ke kenderaan diraja, bertolak ke Istana Windsor, barat London.

  • 3.06 petang (10.06 malam waktu Malaysia)

Kenderaan diraja tiba di Windsor dan menuju ke istana melalui laluan Long Walk ke istana.

  • 3.40 petang (10.40 malam waktu Malaysia)

Raja dan kerabat diraja menyertai perarakan dari Quadrangle di Istana Windsor sebelum rombongan berhenti di Gereja Kecil St George pada pukul 3.53 petang.

  • 4 petang (11 malam waktu Malaysia)

Penstriman siaran langsung kehadiran kerabat diraja dan wakil-wakil pemimpin negara.

Selepas kira-kira 45 minit, keranda akan diturunkan ke bilik kebal diraja sambil Sovereign’s Piper memainkan lagu.

  • 7.30 malam (2.30 pagi Selasa, waktu Malaysia)

Ratu Elizabeth II akan disemadikan di King George VI Memorial Chapel yang juga tempat persemadian bonda serta ayahanda mendiang Ratu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI