fbpx

Siti Nurhaliza ‘hilang suara’, alami mild bronchitis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUAT masa ini, Siti Nurhaliza terpaksa menggunakan inhaler selepas kehilangan suara akibat mengalami batuk dan mild bronchitis.

PETALING JAYA – Akibat diserang batuk-batuk sejak beberapa hari lalu, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini berdepan masalah bronkitis atau flu dada.

Ujar Siti atau nama lengkapnya, Siti Nurhaliza Tarudin, 42, beliau terpaksa menyerah diri melakukan rawatan imbasan X-ray akibat kerap mengalami batuk pada waktu tengah malam.

“Baik kita buat X-ray ya. Tak tahan dah batuk-batuk tengah malam,” kongsinya dalam hantaran InstaStory.

Selepas selesai menjalani imbasan X-ray sebentar tadi, penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu memaklumkan, beliau disahkan mengalami bronkitis tahap sederhana akibat kesan jangkitan Covid-19.

Disebabkan itu, Siti terpaksa menggunakan inhaler selain dibekalkan beberapa ubat-ubatan lain.

“Mild bronchitis kesan Covid-19. Kena guna inhaler ya. Semoga cepat sembuh, amin,” tulisnya dalam hantaran berbeza.

Sejak beberapa hari lalu, Siti berkongsi keadaannya yang tidak berapa sihat menerusi sebuah video ketika menghadiri majlis sambutan ulang tahun jenamanya, BeauSiti yang ketiga.

Siti memaklumkan, suaranya ‘hilang’ dan kedengaran garau gara-gara batuk berterusan.

Pada masa sama, anak keduanya Afwa juga mengalami demam dan tidak dapat tidur sehingga turut mengganggu tidurnya kerana berjaga malam.

“Jadi ibu kadang-kadang masa tak cukup, jaga anak. Afwa demam tak tidur, saya pun ikut tak dapat tidur. Hilang suara saya, lagipun memang ada batuk sikit,” katanya dalam video tersebut yang dimuat naik baru-baru ini.

Malah keadaan suara penyanyi itu yang tampil membuat siaran langsung dalam Instagramnya empat hari lalu dilihat semakin teruk sehingga menyukarkannya bercakap.

Sebelum ini pada Ogos lalu, Siti mendedahkan beliau baru sahaja sembuh daripada dijangkiti Covid-19 selepas pulang bercuti dari London. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI