fbpx

Jaga sensitiviti, jangan persenda logo halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh pada Majlis Pelancaran Festival Makanan Halal Tanpa Tunai di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur. - Foto SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Semua pihak dilarang keras menyalahgunakan logo halal demi menjaga sensitiviti terutamanya umat Islam.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, secara tidak langsung perbuatan tersebut juga dianggap mempersendakan status makanan halal yang diperjuangkan selama ini.

“Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) memang ada jabatan yang bantu usahawan untuk dapatkan logo halal yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Tapi kalau ada penipuan atau pihak tidak bertanggungjawab ambil kesempatan guna logo halal tiruan, kena buat laporan kepada pihak berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas berucap pada Majlis Perasmian Festival Makanan Halal Tanpa Tunai, di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, sijil dan logo halal mampu menjadi daya tarikan kepada usahawan untuk memajukan lagi perniagaan mereka.

“Kita kena hormati kebebasan beragama dan dalam masa sama, kita lihat hari ini banyak kedai bukan muslim, tapi mereka juga nampaknya berusaha dapatkan logo halal.

“Bila ada logo halal, ia akan memberikan kelebihan kepada kedai makan kerana pelanggan bukan Islam dan Islam tentulah akan masuk,” katanya.

Baru-baru ini, berlaku kekecohan dalam kalangan pengguna media sosial mengenai gula-gula yang didakwa mengandungi unsur babi tanpa logo halal pada pembungkusan.

Namun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengesahkan tiada gula-gula mengandungi unsur babi seperti yang diperkatakan dijual di pasaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI