fbpx

Pemakaman Ratu Elizabeth II: Upacara penghormatan terakhir rakyat Britain tamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai melintasi keranda Ratu Elizabeth II di Westminster Hall, London, 14 September lalu. – AFP

LONDON – Upacara memberikan penghormatan terakhir oleh rakyat jelata di hadapan keranda Ratu Elizabeth II secara rasminya berakhir pada pukul 6.30 pagi (waktu tempatan) hari ini, selepas pintu Westminster Hall ditutup kepada orang ramai menjelang istiadat pemakaman diraja.

Dalam tempoh lima hari lepas, puluhan ribu orang menunggu selama berjam-jam dalam barisan sebelum berpeluang melihat keranda mendiang baginda bagi memberikan penghormatan terakhir.

Keranda yang mengandungi jasad mendiang Ratu Elizabeth II kini akan dibawa ke Westminster Abbey untuk upacara keagamaan menjelang istiadat pemakaman di hadapan kira-kira 2,000 tetamu.

Jasad baginda kemudiannya akan disemadikan bersebelahan makam ayahandanya, Raja George VI, ibundanya, Ratu Elizabeth I, adindanya, Puteri Margaret dan mendiang suaminya, Putera Philip di Istana Windsor.

Jasad Putera Philip yang mangkat pada usia 99 tahun, tahun lalu akan dipindahkan dan disemadikan di sisi makam mendiang baginda.

Monarki paling lama berkhidmat dalam sejarah Britain itu mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland pada 8 September lalu. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI