fbpx

PKPB di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan pada 7 Oktober ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan, Sabah berkuat kuasa pukul 12.01 tengah malam Rabu ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pergerakan keluar masuk di ketiga-tiga kawasan PKPB itu adalah dilarang dan hanya perkhidmatan perlu termasuk kilang-kilang dan rantaian yang berkaitan dalam perkhidmatan perlu adalah dibenarkan.

“Pelaksanaan PKPB itu dibuat selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri hari ini mendengar situasi semasa Covid-19 di seluruh Sabah yang dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan dan cadangan-cadangan dari kerajaan negeri Sabah,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Ismail Sabri berkata, mesyuarat turut menetapkan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang PKPB berkenaan termasuklah tidak membenarkan kemasukan ke Sabah kecuali warganegara yang berasal Sabah. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI