PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 5 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, cuaca buruk itu dijangka berlaku di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun di Terengganu
“Sarawak di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang.
“Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ni.
Menurut MetMalaysia, amaran cuaca buruk itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE