fbpx

Seorang mangsa nahas tujuh motosikal kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah motosikal terlibat kemalangan maut di KM102.2 Lebuh Raya Utara-Selatan dalam daerah Kuala Muda, awal pagi semalam.

SUNGAI PETANI – Salah seorang daripada lima mangsa yang cedera dalam kemalangan di Kilometer 102.2 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini pada awal pagi semalam dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.35 pagi itu, dua mangsa berusia 15 dan 22 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Kejadian berlaku apabila tujuh buah motosikal yang dipercayai ditunggang laju hilang kawalan lalu berlanggar sesama sendiri.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, remaja terbabit dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kini dirawat unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

“Remaja terbabit mengalami kecederaan serius dan pelbagai komplikasi berbanding empat rakannya yang lain.

“Pihak hospital sedang memantau rapi keadaannya seterusnya merakamkan keterangan kesemua penunggang motosikal apabila keadaan kesihatan mereka mengizinkan,” katanya di sini hari ini.

Zaidy berkata, saksi kejadian boleh tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Ahmad Saiful Ahmad Jamal di talian 04-4232222.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI