fbpx

Selangor jadi tumpuan pelancongan domestik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Selangor menjadi negeri tumpuan utama pelawat domestik apabila merekodkan sebanyak 10.2 juta pelancong, tahun lalu.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) dalam kenyataan berkata, penilaian tersebut diambil berdasarkan Survei Pelancongan Domestik oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Data yang dikeluarkan DOSM

Menurutnya, selain Selangor, terdapat empat negeri lain yang turut menjadi tumpuan pelancongan domestik di Malaysia.

“Antaranya adalah Kuala Lumpur dengan jumlah 9.1 juta pelancong, Sarawak (6.5 juta), Negeri Sembilan (5.5 juta), dan Pulau Pinang dengan 5.1 juta pelancong,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI