fbpx

Risiko pelajar IPT kena Covid-19 lebih besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Exco Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia, Tina Tajuddin pada sidang media di Taj International College, Ipoh, Perak. FOTO ZULFACHRI ZULKIFLI

Oleh ASLIZA MUSA

IPOH – Orang ramai diminta agar tidak menyamakan keputusan menangguhan kemasukan pelajar baharu di semua institusi pendidikan tinggi (IPT) ekoran peningkatan kes Covid-19 dengan sesi pembelajaran yang diteruskan di sekolah-sekolah.

Exco Persatuan Kebangsaan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Bumiputera Malaysia, Tina Tajuddin berkata, ini kerana keputusan berkenaan adalah berbeza dari segi situasi mahupun jumlah pelajar terlibat.

Katanya, walaupun keputusan itu mendapat reaksi pelbagai namun ia dilihat sebagai pendekatan proaktif mengurangkan penularan wabak itu dalam komuniti.

“Pada dasarnya, kita melihat bagaimana jika jumlah (pelajar) tidak terkawal, walaupun kita tahu mereka ini adalah orang yang matang, mampu menjaga diri dan tahu prosedur operasi standard (SOP).

“Namun, kebarangkali risiko dijangkiti itu tinggi kerana jumlah pelajar yang ramai, jauh lebih besar daripada pelajar sekolah. Ini risiko yang kita tidak mahu ambil,” katanya dalam sidang akhbar di Taj International College di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, peningkatan kes Covid-19 di dalam penjara (tahanan) patut dijadikan contoh di mana ia boleh terjadi dalam kalangan pelajar IPT sekiranya kemasukan bagi sesi Oktober diteruskan.

“Kalau kita lihat jumlah dijangkiti Covid-19 yang paling tinggi berada dalam keadaan ramai dan tertutup seperti penjara. Kes ini boleh disamakan dengan situasi yang bakal terjadi sekiranya tiada tindakan proaktif diambil,” katanya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI