fbpx

Petani temui mozek era Byzantine di kebun pokok zaitun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tapak penggalian mozek era Byzantine yang ditemui oleh seorang petani Palestin. - New York Post

BAITULMUQADDIS – Seorang petani Palestin dan anaknya menemui artifak berupa mozek berharga ketika era Byzantine selepas membuat penggalian hampir tiga bulan, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Penemuan mozek itu mendapat perhatian dalam kalangan ahli arkeologi tempatan kerana ia merupakan salah satu khazanah arkeologi terbesar pernah ditemui di Gaza.

Petani tersebut menyedari kehadiran artifak tersebut di kebun pokok zaitun miliknya pada musim bunga lalu ketika cangkulnya terkena permukaan keras.

Bagaimanapun, pemilik tanah yang enggan dikenali itu memilih untuk merahsiakan penemuan tersebut sehingga sesi penggalian tamat dan menutup mozek berkenaan menggunakan kepingan timah sepanjang tiga bulan lepas.

Susulan penemuan tersebut, ramai golongan profesional memohon perlindungan terhadap barangan purba yang ditemui di Gaza kerana bimbang konflik dengan Israel boleh memusnahkan peninggalan sejarah yang ada.

Jabatan barang antik yang dikendalikan Hamas menyifatkan mozek tersebut sebagai penemuan arkeologi besar, tetapi masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi.

“Ini adalah lantai mozek paling indah yang ditemui di Gaza, baik dari segi kualiti perwakilan grafik dan kerumitan geometri. 

“Tiada lantai mozek yang pernah ditemui memiliki kehalusan, ketepatan dalam grafik dan keindahan warna seperti ini di Semenanjung Gaza,” kata ahli arkeologi dari Sekolah Alkitab dan Arkeologi Perancis, Rene Elter. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI