KUALA LUMPUR – Pelari jarak jauh Pahang, Muhammad Ikbolasan Md. Kamal Hussain menutup temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022 dengan tiga pingat emas.
Kecemerlangan itu menyaksikan Ikbolasen, 20, menerima ganjaran insentif kemenangan Sukma berjumlah RM12,000 daripada kerajaan Negeri Pahang.
“Pemberian insentif ini memberi semangat kepada saya untuk terus berusaha memperbaiki larian pada masa akan datang dan seterusnya membolehkan saya mewakili negara,” kata Ikbolasen.
Difahamkan, Pahang menawarkan hadiah RM4,000 kepada setiap pemenang pingat emas pada temasya edisi ke-20 kali ini.
Ikbolasen memenangi tiga pingat emas bermula dalam acara 10,000 meter (m) dengan catatan 31 minit 11.62 saat (s), 3,000m lari berhalangan (9:15.24s) dan 5,000m (14:52.05s). – KOSMO! ONLINE