fbpx

BPH kenal pasti 17 kereta dan 50 motosikal tersadai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kereta terbiar yang dialihkan dalam Ops Alih.

Oleh SUBKHI SUDARJI

PUTRAJAYA – Perbadanan Putrajaya (PPj) berjaya melupuskan sebanyak 80 unit kereta buruk yang tersadai di kuarters perumahan kerajaan di sini awal tahun ini hasil operasi sepanjang tahun 2019.

Sehubungan itu, Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengenal pasti 17 kereta dan 50 motosikal tersadai, yang akan dikeluarkan dari kuarters kerajaan di sini dalam Operasi Pengalihan Kenderaan Tersadai (Ops Alih) dalam tempoh dua bulan ini.

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan berkata, kesemua kenderaan tersebut akan dialihkan ke Depoh Kenderaan Tersadai Perbadanan Putrajaya (PPj), Presint 20, dan akan dilupuskan selepas enam bulan sekiranya tiada tuntutan dibuat oleh pemilik kenderaan.

“Kereta mereka akan disita mengikut Seksyen 46 Akta Jalan Parit dan Bangunan dan pemilik akan dikenakan upah alih RM150 selain caj simpanan RM10 sehari di Depoh Kenderaan Tersadai PPj di Presint 20,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Pengalihan Kereta Tersadai Kuarters Kerajaan Di Putrajaya di Perumahan Penjawat Awam Fasa 4C, Presint 8 di sini hari ini.

Menurutnya, pihak BPH telah membuat semakan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan, polis dan bank sebelum mengalihkan kenderaan-kenderaan terbabit dalam Ops Alih, yang bertujuan untuk mengoptimumkan petak-petak parkir di kawasan kuarters kerajaan. -K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI