fbpx

Joan Mir enggan ambil risiko di Aragon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIR membuat keputusan menarik diri pada GP Aragon malam tadi selepas kecederaan pergelangan kakinya yang semakin teruk. – AFP

ARAGON – Juara dunia MotoGP 2020, Joan Mir enggan mengambil risiko mengenai kecederaannya sekali gus bertindak menarik diri daripada perlumbaan Grand Prix (GP) Aragon semalam dan juga GP Jepun pada 25 September nanti.

Keputusan itu dibuat susulan pelumba Suzuki itu patah pergelangan kaki kanannya ketika terlibat dalam kemalangan di GP Austria (Ogos) sekali gus diarahkan untuk berehat selama 15 hari.

Meskipun pelumba Sepanyol itu mendapat lampu hijau untuk bersaing di Aragon semalam, namun Mir mengakui kesakitan pada buku lali kaki kanannya bertambah teruk meskipun berjaya menamatkan sesi latihan ketiga di tempat ke-18.

Tegas Mir, dia terpaksa membuat keputusan itu selepas bergelut untuk mengawal brek belakang ekoran kecederaan tersebut.

“Saya tidak boleh menunggang dengan baik, kaki saya bergetar dan itu membuatkan saya sentiasa menyentuh brek. Masalah tersebut dilihat menerusi data perlumbaan.

“Saya tidak dapat mengawal brek lebih baik dan lebih teruk masalah itu timbul di bahagian kecederaan yang saya alami sewaktu di Austria,” kata Mir.

Keputusan yang diambil Mir tepat kerana musim depan dia mempunyai misi lebih besar selepas mengikat kontrak dua tahun bersama pasukan Repsol Honda.

Pada tahun ini, Mir berada di kedudukan ke-13 keseluruhan dan hanya menamatkan tiga perlumbaan sejak menduduki tempat keempat di Austin, April lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI