fbpx

Sukma 2022: Azeem terpaksa terima rawatan di ISN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM dibawa ke ISN untuk menerima rawatan ekoran kemungkinan masalah hamstring dialami ketika bersaing dalam acara 200m sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Raja pecut Sukan Malaysia (Sukma) 2022, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi terpaksa menjalani rawatan segera di Institut Sukan Negara (ISN), Bukit Jalil sebentar tadi.

Pemegang rekod 100 meter (m) kebangsaan dengan catatan 10.09 saat (s) itu dibawa ke ISN menggunakan ambulans sejurus tamat aksi final 200m di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

“Doakan saya,” kata Azeem ketika berada di dalam ambulan sebelum dibawa ke ISN.

Difahamkan, ia mungkin kerana atlet berusia 18 tahun dari Ipoh, Perak itu mengalami kecederaan hamstring yang menyaksikannya meraih pingat perak 200m.

Ini kerana Azeem ada membuat ciapan di laman Twitter peribadinya seolah-olah menggambarkan dia mengalami hamstring beberapa jam sebelum aksi final tersebut.

Azeem tiada masalah mendahului semua finalis 200m sebelum dia terpaksa memperlahankan lariannya pada 10m terakhir sekali gus membolehkan pelari Johor, Muhammad Arsyad Md. Saat memintasnya dengan kelebihan 0.01s.

Arsyad meraih emas dengan catatan 21.02s diikutu Azeem di tempat kedua (21.03s), manakala gangsa dimenangi Muhammad Haiqal Hanafi dari Negeri Sembilan (21.18s). – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI