fbpx

19 pelajar sekolah maut bas dirempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi nahas yang meragut 19 nyawa pelajar sekolah di Afrika Selatan. - The South African

JOHANNESBURG – Satu kemalangan maut meragut nyawa 19 pelajar sekolah apabila sebuah bas mini dirempuh lori di sebuah lebuh raya di Afrika Selatan, lapor akhbar The Sun semalam.

Insiden tersebut berlaku di wilayah Pongola yang terletak 300 kilometer (km) dari bandar Durban sekitar waktu tengah hari.

Rakaman kamera ‘dashcam’ yang mengerikan menunjukkan detik lori tersebut memintas sebuah lagi lori di lebuh raya dua lorong sebelum merempuh bas mini yang dipenuhi pelajar sekolah.

Menurut laporan media tempatan, bas mini itu cuba melencong keluar dari laluan apabila melihat lori tersebut hilang kawalan sebelum digilis kenderaan itu.

Pihak berkuasa berkata, 19 kanak-kanak yang berumur antara lima hingga 12 tahun disahkan maut dalam nahas itu bersama tiga orang dewasa.

Kanak-kanak berkenaan dikatakan dalam perjalanan pulang dari sekolah semasa kemalangan berlaku.

Pemandu lori melarikan diri dari tempat kejadian tetapi polis berjaya menahannya sehari selepas kejadian apabila dia menyerah diri.

“Kematian begitu ramai nyawa terutama dalam kalangan orang muda adalah tragedi yang serius,” kata Menteri Pengangkutan Wilayah, Sipho Hlomuka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI