fbpx

11 ahli keluarga nyaris dihempap pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pokok tumbang yang menghempap rumah inap desa dihuni 11 ahli keluarga dalam kejadian ribut di Taman Seri Telok Emas, Melaka. - Foto RASUL AZLI SAMAD

MELAKA – Seramai 11 ahli keluarga yang sedang bercuti di negeri ini nyaris dihempap pokok besar yang tumbang menimpa rumah inap desa didiami mereka di Taman Seri Telok Emas, di sini, hari ini.

Menurut Shahira Hamdan, 37, dia bersama 10 ahli keluarga yang lain datang ke Melaka untuk bercuti dan menziarahi saudaranya yang sakit.

“Pukul 3.30 pagi kami tersedar bila dengar bunyi dentuman kuat dan cuba keluar nak tengok keadaan tetapi kilat sabung-menyabung.

“Kira-kira 20 minit kemudian apabila hujan reda sedikit kami keluar periksa dan terkejut apabila nampak sebatang pokok besar yang tumbang menghempap bumbung rumah,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Tambahnya, hanya sebuah kereta keluargnya rosak dalam kejadian tersebut, manakala dua lagi tidak mengalami sebarang kerosakan.

“Bila sudah jadi macam ni terpaksalah kami susun semula perjalanan untuk menziarahi saudara yang sakit,” katanya.

Sementara itu, penduduk, Mohamad Rizuan Zainal Abidin, 39, dan Tan Hock Siang, 48, berkata, kejadian pokok tumbang itu turut menyebabkan bahagian garaj di kediamaan mereka rosak.

Mohamad Rizuan berkata, ketika kejadian dia sedang membuat persiapan untuk berniaga di pasar tani berhampiran kawasan rumah.

“Mujurlah hanya bahagian garaj sahaja yang rosak, empat ahli keluarga saya termasuk dua anak berusia lima dan dua tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Hock Siang pula berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat melakukan pemantauan terhadap semua pokok besar yang ditanam di kawasan perumahan itu bagi mengelakkan insiden serupa berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI