fbpx

Sudah setahun Ahn Sung-ki derita kanser darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHN SUNG-KI

AKTOR veteran popular, Ahn Sung-ki mengejutkan ramai apabila membuat pendedahan bahawa dia sebenarnya sedang bertarung dengan kanser darah.

Perkara tersebut didedahkan pelakon itu selepas kemunculannya pada majlis pembukaan pusat pameran istimewa sempena ulang tahun ke-40 pengarah Bae Chang-ho dalam industri menimbulkan keresahan.

Dia yang hadir memakai rambut palsu dilihat sukar berjalan sambil dibantu oleh seseorang sehingga mengundang tanda tanya ramai tentang tahap kesihatannya.

Justeru, Sung-ki, 70, menerusi temu bual bersama Sports Chosun mendedahkan dia menghidap kanser tersebut sejak setahun lalu.

Bagaimanapun, ujarnya, tahap kesihatannya semakin baik selepas menjalani beberapa sesi rawatan kemoterapi sehingga membolehkan dia membuat kemunculan semula di hadapan umum.

Malah, aktor itu yang kini botak turut memberitahu, punca dia datang lewat ke pengebumian aktres Kang Soo-yeon pada Mei lalu kerana pada hari itu dia menjalani rawatan kemoterapi.

“Saya tak dapat hadirkan diri pada majlis tayangan Hansan: Rising Dragon kerana kepala saya begini (botak). Saya tak boleh kerja dengan keadaan begini tetapi saya berjanji akan kembali sihat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI