fbpx

Remaja nyaris rentung rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadamkan kebakaran rumah di Kampung Jenjarom, Banting hari ini.

KUALA LANGAT – Seorang remaja lelaki nyaris rentung apabila kediaman keluarganya di Kampung Jenjarom, Banting di sini, musnah terbakar hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 18 tahun sedang nyenyak tidur di rumah tersebut.

Remaja itu bagaimanapun terselamat dan berjaya keluar dari kediaman dua tingkat berstruktur kayu berkenaan.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 8.47 pagi.

Katanya, operasi itu disertai sepasukan lapan anggota termasuk pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting, Telok Panglima Garang dan Andalas.

“Pemeriksaan lanjut mendapati api sedang marak memusnahkan keseluruhan rumah berkenaan.

“Api bagaimanapun berjaya dikawal dalam tempoh 10 minit dan dan melibatkan 80 peratus kemusnahan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rumah yang terbakar di Kampung Jenjarom, Banting hari ini.

Jelas Norazam, ketika kejadian remaja itu hanya bersendirian di dalam rumah tersebut.

“Lapan ahli keluarganya yang lain dipercayai sedang bercuti di sekitar Terengganu.

“Mangsa sedang tidur di bilik tingkat bawah dan keluar menyelamatkan diri selepas menyedari kebakaran itu,” ujarnya.

Tambah beliau, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI