fbpx

Lebuh Raya Utara-Selatan mula sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan mula sesak melibatkan kedua-dua arah ketika ini.

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan melibatkan kedua-dua arah dilaporkan perlahan membabitkan beberapa laluan utama pada hujung minggu hari ini.

Keadaan tersebut ekoran pertambahan kenderaan sejak pukul 1 tengah hari tadi berikutan orang ramai yang ingin keluar berjalan-jalan bersama keluarga serta pengguna mula bergerak pulang dari kampung selepas bercuti sempena Hari Malaysia kelmarin.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi perkongsian di Facebook rasminya, memaklumkan trafik perlahan di lokasi menghala ke utara melibatkan Permatang Pauh ke Perai; Bertam ke Bandar Cassia; Changkat Jering ke Kuala Kangsar; Ipoh ke Simpang Pulai; Gopeng ke Tapah; Sungkai ke Slim River dan Bukit Beruntung ke Sungai Buaya.

Sementara itu, bagi arah selatan pula, lokasi terlibat adalah Persimpangan Kulai (kedua arah); Yong Peng ke Pagoh; Tangkak ke Jasin; kawasan rehat dan rawat (R&R) Ayer Keroh ke Simpang Ampat; Pedas Linggi ke Port Dickson; Putra Mahkota ke Southville dan selepas Plaza Tol Sungai Besi ke pusat bandar.

Sementara itu, di LLM juga melaporkan aliran trafik perlahan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) sekitar kawasan mendaki selepas Plaza Tol Bentong; Lentang ke Bukit Tinggi dan sebelum keluar Plaza Tol Gombak ke pusat bandar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI