fbpx

Robot pintar The Rex bersihkan KLIA2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
The Rex mampu membersihkan KLIA2 dengan cekap dan menjimatkan tenaga manusia secara optimum. - Foto IHSAN MAHB

SEPANG – Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memaklumkan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di sini telah mula menggunakan robot pintar untuk melakukan kerja-kerja pembersihan sejak 12 September lalu.

MAHB menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, The Rex berupaya bekerja meliputi kawasan seluas 4,032 meter persegi dalam satu jam dan mampu bertugas sehingga 10 jam dengan hanya dijana kuasa bateri.

Uniknya ujar MAHB, The Rex bukan sekadar dapat menyapu lantai, malah robot jenama Lionsbot itu boleh melakukan kerja mop dan menyental permukaan lapisan jubin, marmar, granit dan sebagainya.

Dengan harga RM3 juta, ia juga ada ciri kawalan secara manual atau automatik selain mod pembersihan pantas ‘super’ dengan liputan keluasan satu padang bola dalam masa dua minit.

The Rex dibekalkan firma penyedia pengurusan fasiliti tempatan, Sinar Jernih Sdn. Bhd. Yang berpusat di Petaling Jaya, Selangor dengan berpengalaman luas sejak beroperasi pada 1995.

Pengarah Urusannya, Datuk Mohd. Said Osman menjelaskan, syarikat itu berhasrat dengan penggunaan robot tersebut mampu menjimatkan lagi kos tenaga manusia sebanyak 20 peratus.

Bahkan, teknologi robot berkenaan dalam jangka masa panjang mampu mengurangkan lagi kebergantungan kepada perkhidmatan pekerja warga asing yang banyak isu kerenah tertentu.

“Ini kali pertama mesin canggih sebegini digunakan di KLIA2 dan kami merancang akan dapat diperluaskan dengan rakan kongsi dari Singapura untuk pelbagai lagi operasi lain,” katanya.

Robot tersebut memiliki ketinggian 1.47 meter dengan lebar 0.8 meter dan panjang 1.6 meter serta beratnya 550 kilogram di samping keupayaan pemberusan lantai maksimum 80 kilogram.

Digerakkan dengan tenaga bateri 36 volt, jentera ini yang ada muatan tangki 140 liter itu juga mampu bergerak ketika bertugas pada kelajuan 1.4 meter sesaat dan kebisingan 65 decibel. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI