fbpx

Adik maut, dua kakak cedera kereta terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaaan kereta dinaiki mangsa bersama dua kakaknya, sepupu dan rakan yang terbabas di Durian Tunggal, Melaka, malam tadi.

ALOR GAJAH – Seorang pelajar perempuan tingkatan satu maut, manakala dua kakaknya serta sepupu dan rakan cedera selepas kereta dinaiki mereka berlima terbabas di Jalan Padang Keladi, Durian Tunggal, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 malam itu, mangsa, V. Dayalini, 13, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Wira bersama empat yang lain dalam perjalanan dari arah Durian Tunggal ke Ayer Keroh.

“Kereta tersebut dipandu seorang remaja berusia 17 tahun yang merupakan rakan kepada kesemua mereka.

“Setiba di lokasi, kereta dipandunya dipercayai terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar tebing tanah sebelah kanan sehingga menyebabkan kereta tersebut berpusing,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Dayalini meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Padang Keladi, Durian Tunggal.

Ujarnya, akibat kemalangan itu, seorang penumpang remaja perempuan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.

“Dua lagi mangsa yang merupakan kakaknya berusia 14 dan 16 tahun mengalami sakit di bahagian dada, manakala sepupu perempuan mereka berusia 16 tahun luka bahagian kaki dan tangan.

“Pemandu kereta bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan pada bahagian kaki. Kesemua mereka mendapatkan rawatan di Hospital Melaka,” katanya.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke unit forensik untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI