fbpx

1,572 kes Covid-19, 5 kematian dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 1,572 kes semalam dengan tiga kes import menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia sebanyak 4,817,251 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, kes aktif Covid-19 di seluruh negara merekodkan negatif 1,126 kes dengan jumlah kumulatif kes aktif kini sebanyak 26,032 kes.

Sejumlah 2,695 kes sembuh juga telah direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 kini seramai 4,754,911 orang.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 476 kes diikuti Kuala Lumpur (333), Sabah (150), Perak (148), Pulau Pinang (81), Melaka (65), Negeri Sembilan (61), Sarawak (52), Johor (51) dan Kedah (41).

“Turut menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 semalam adalah Pahang (33), Terengganu (30), Kelantan (27), Putrajaya (15), Perlis (tujuh), Labuan (dua),” demikian perkongsian data di laman web tersebut hari ini.

Pada masa sama, sebanyak lima kematian dilaporkan dengan dua kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) yang seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,308 dan BID 7,717.

Sebanyak 24,797 kes dikuarantin di rumah, empat kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,171 kes di hospital, 23 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 37 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI