fbpx

EPL: Man. City rampas takhta pendahulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Erling Haaland (tengah) terus menjadi tunjang buat jentera serangan City apabila meledak satu gol pada aksi kali ini. Foto ihsan EPL

LONDON – Kelab gergasi yang juga juara bertahan, Manchester City merampas carta pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Wolverhampton 3-0 di Stadium Molineux sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, skuad The Citizens kendalian Pep Guardiola membariskan kesebelasan terbaik dengan menyenaraikan Erling Haaland, Jack Grealish dan Phil Foden untuk mengisi jentera serangan.

Percaturan tersebut nyata menjadi selepas City hanya memerlukan tempoh seminit untuk meledak gol pertama hasil jaringan Grealish yang menyudahkan hantaran Kevin De Bruyne.

Pasukan pelawat bertambah ghairah untuk menggandakan kelebihan dan berjaya meraih gol kedua pada minit ke-16 hasil rembatan Haaland yang meledak gol ke-11 peribadinya dalam kancah liga musim ini.

Nasib Wolves bertambah malang apabila diarahkan beraksi dengan 10 pemain selepas tonggak pertahanan, dilayangkan kad merah pada minit ke-33.

Bersambung pada babak kedua, City terus mengasak dalam memastikan tiga mata penuh dapat dibawa pulang dengan beberapa percubaan dilakukan ke arah kubu lawan.

Namun, jaringan ketiga hanya tiba pada minit ke-69 menerusi rembatan yang dilakukan oleh Foden untuk menyudahkan hantaran De Bruyne dengan kedudukan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan tersebut menyaksikan City kini meraih 17 mata selepas mengharungi tujuh perlawanan dengan kelebihan dua mata berbanding pencabar terdekat, Arsenal yang hanya akan beraksi esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI