fbpx

Rezeki tukang jahit di bulan kemerdekaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pakaian berkonsepkan Jalur Gemilang yang dijahit oleh Mahani.

PETALING JAYA – Bulan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia membawa tuah kepada seorang tukang jahit apabila menerima banyak tempahan pakaian berkonsepkan Jalur Gemilang.

Menerusi perkongsian di Facebook tukang jahit tersebut, Mahani Udit, tempahan baju berkonsepkan Jalur Gemilang yang diterima olehnya amat menggalakkan walaupun bulan kemerdekaan sudah berlalu.

Menurut perkongsiannya juga, sepasang baju tersebut boleh mencecah RM500 ke RM900 sepasang.

“Bertarung untuk baju tempahan khas pula. Orang lain dah sambut Merdeka, tapi umi masih belum habis-habis lagi. Alhamdulillah rezeki umi dan anak-anak,” katanya.

Selain menjahit pakaian konsep Jalur Gemilang yang ditempah pelanggan, Mahani turut menjahit pakaian tersebut untuk disewakan.

Menurutnya, sepasang pakaian itu boleh mencecah RM900 berikutan penggunaan kain, bahan yang banyak serta perlu menyiapkan reka bentuk pakaian sebelum dijahit.

“Jangan terkejut pula dengar harganya, saya tak memaksa sesiapa beli. Ini harga saya tetapkan untuk saya dan semuanya.

“Kalau rasa nak beli, silakan. Harga barang-barang sekarang semua ‘keras’. Jadi, kena faham jugalah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI