fbpx

Lelaki buat kecoh, cuba sentuh keranda Ratu Elizabeth II semasa penghormatan terakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek diberkas oleh pegawai polis sejurus selepas percubaannya menyentuh keranda Ratu Elizabeth II. - BBC

LONDON – Polis Metropolitan London menahan seorang lelaki yang cuba menarik kain alas di atas keranda Ratu Elizabeth II semasa memberi penghormatan terakhir di Dewan Westminster, lapor portal berita MailOnline semalam.

Anggota polis merebahkan lelaki itu ke lantai semasa kejadian  kira-kira pukul 10 malam (waktu tempatan),  beberapa jam selepas Raja Charles III dan tiga adindanya, Puteri Anne, Putera Edward dan Putera Andrew melakukan proses bertafakur kali terakhir di sisi keranda mendiang.

Suspek dipercayai menolak orang awam  yang beratur untuk masuk ke dalam dewan dan bergegas ke keranda dan cuba mengangkat alas diraja. 

Dia dipercayai sempat meletakkan tangannya di atas keranda Ratu.

Polis Metropolitan malam tadi mengesahkan seorang lelaki telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan cuba mengganggu  ketenteraman awam.

“Pada pukul 10 malam hari Jumaat, 16 September anggota unit Komando Perlindungan Parlimen dan Diplomatik Met menahan seorang lelaki di Dewan Westminster berikutan gangguan awam.

“Dia ditahan atas kesalahan di bawah Akta Ketenteraman Awam,” kata seorang jurucakap polis. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI