SEJAK menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pemain bola sepak, setiap aktiviti harian Yazmin Aziz pasti akan menuai perhatian ramai.
Paling mencuri perhatian semestinya perkongsian bekas peserta Big Stage itu setiap kali bercuti dengan kekasihnya.
Semua itu mengundang pelbagai tanda tanya dan rasa kurang dalam kalangan netizen sehingga muncul persoalan sama ada mereka menginap sebilik.
“Bilik asing-asing ke?” soal seorang netizen.
Pujian harus juga diberikan kepada Yazmin yang tidak memarahi pun netizen tersebut malah menjawab dengan baik.
“Ya (bilik asing), kami bercuti dengan adik-beradik, ibu bapa dan rakan-rakan,” jawab Yazmin.
Harapnya jawapan yang diberikan itu merungkai semua tanda tanya ramai. Selepas ini janganlah fikir yang bukan-bukan ya.
DIVA: Penat juga jadi Shuib, spekulasi tentang hubungan cinta muncul tanpa henti. Mungkin ini cabaran jadi duda popular.