fbpx

Persediaan bantu usahawan hadapi krisis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KALAI optimis mampu mencapai jualan RM25 juta tahun ini, malah berhasrat menembusi pasaran India.

SHAH ALAM – Bangsa usahawan tidak akan mudah panik ketika berdepan dengan krisis ekonomi global jika telah membuat persiapan awal dan mempunyai ilmu.

Pengasas Loveme International Sdn. Bhd., Kalai Vanni Veerayan berkata, persediaan dilakukan bukan sahaja untuk manfaat hari ini, bahkan untuk kegunaan enam bulan ke hadapan.

“Inflasi berlaku hampir setiap tahun, sebab itu persedian dan ilmu amat penting.

“Bangsa usahawan perlu bersedia dengan pengurusan risiko dan kewangan dalam bisnes. Ilmu dipelajari di universiti tidak sama dengan program anjuran RichWorks yang memfokuskan kegunaan di lapangan,” katanya yang berlatarbelakangkan pendidikan dalam bidang perakaunan.

Tambah Kalai, ilmu perniagaan berubah begitu pantas, membuatkan beliau mengambil keputusan mengikuti program pementoran Titan Premier bimbingan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

“Bagi saya, dalam menjalankan perniagaan kita mesti ada mentor bisnes yang terbukti telah melahirkan ramai usahawan berjaya.

“Kalau saya tidak ada mentor yang bagus, perniagaan saya mungkin kembali kepada kosong kerana momentum dunia perniagaan sering berubah-ubah,” jelasnya.

Memulakan perniagaannya dari rumah, Kalai kini mempunyai 15 kakitangan serta lima unit kedai, dan Loveme International menyasarkan jualan RM25 juta tahun ini selepas mencapai RM7 juta pada 2021.

“Kami juga bercadang untuk melebarkan sayap dan menembusi pasaran India,” ujar Kalai.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut dan produk kosmetik Loveme, anda boleh ke Facebook Loveme International.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI