fbpx

Jadon Sancho mahu bukti Southgate buat silap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANChO (tengah) sudah meledak dua gol dalam enam perlawanan Liga Perdana Inggeris setakat ini dalam usaha memburu tempat ke saingan Piala Dunia di Qatar. – AFP

MANCHESTER – Pemain sayap lincah Manchester United, Jadon Sancho bertekad untuk membuktikan Gareth Southgate membuat keputusan salah me­minggirkannya daripada skuad England.

Sancho antara beberapa nama besar selain bek kanan Arsenal, Ben White yang tersisih daripada skuad The Three Lions menghadapi aksi Liga Negara-Negara Eropah menentang Itali dan Jerman bulan ini.

Situasi tersebut pastinya mem­bimbangkan pemain berusia 22 tahun itu kerana ia boleh menjejaskan peluangnya untuk mewa­kili England ke Piala Dunia Qatar 2022 pada November depan.

“Sudah tentu saya sangat kecewa kerana tidak terpilih. Saya tidak mahu salahkan sesiapa, sebaliknya saya perlu terus be­kerja keras untuk buktikan tempat saya.

“Fokus saya tidak terjejas walaupun tidak terpilih kali ini. Sekarang adalah peluang saya untuk tunjukkan kemampuan dengan harapan terpilih ke Piala Dunia nanti,” kata Sancho.

Sancho mengharungi kempen mengecewakan sejak berhijrah ke Old Trafford daripada Borussia Dortmund dengan yuran perpindahan tinggi bernilai €85 juta (RM386.14 juta) pada Julai tahun lalu.

Berdasarkan statistik musim lalu, Sancho hanya mampu menjaringkan satu gol daripada 29 perlawanan Liga Perdana Ingge­ris (EPL).

Situasi kini berbeza apabila Sancho dilihat kembali menikmati permainannya di bawah ken­dalian Erik Ten Hag apabila dia sudah meledak dua gol dalam enam perlawanan pertama EPL musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI