fbpx

Sukma 2022: Johor fokus hadapi Wilayah Persekutuan buru ‘ibu’ emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD Johor mara ke kelompok lapan pasukan terbaik selepas muncul  pendahulu carta Kumpulan B.

SKUAD bola sepak Johor memberi tumpuan penuh untuk mengharungi aksi suku akhir temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 menentang Wilayah Persekutuan esok dalam usaha memburu ‘ibu pingat emas’ kali ini.

Skuad Sukma Johor yang diwakili kelab Johor Darul Ta’zim III (JDT III) mara ke kelompok lapan pasukan terbaik selepas muncul  pendahulu carta Kumpulan B dengan tujuh mata selepas mengharungi tiga perlawanan.

Pengendali skuad Johor, Javier Jorda Ribera mengakui semua pemain sudah bersedia untuk memberikan seratus peratus bagu memastikan hasrat untuk melangkah jauh pada temasya kali ini berjaya direalisasikan.

“Saya gembira apabila kami dapat mara ke peringkat suku akhir selepas pemain dilihat agak bergelut untuk merekodkan kemenangan ke atas Sarawak.

“Ada beberapa pertukaran yang telah saya lakukan pada aksi terakhir kumpulan kerana kecederaan dan mungkin situasi sama akan berlaku pada aksi suku akhir nanti.

“Secara jujur, saya lihat Wilayah Persekutuan adalah pasukan yang bagus tetapi saya enggan terlalu menilai pasukan lawan sebaliknya fokus membantu pasukan mara ke peringkat separuh akhir pula,” kata Javier.

Pada aksi terakhir di Stadium Uniten, Kajang semalam, skuad muda Harimau Selatan tidak mempunyai masalah untuk mencatat kemenangan 2-0 ke atas Sarawak hasil jaringan Muhammad Naqiu Aiman Abdul Hadi  dan Daryl Sham.

Sebagai rekod, Johor masih belum berjaya meraih ibu segala pingat emas itu sejak temasya Sukma diperkenalkan pada 1986.

Javier sebelum ini telah membantu skuad JDT III menjuarai Piala Presiden tahun ini dengan menewaskan dengan menewaskan Sri Pahang di perlawanan akhir. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI