PENYANYI dan juga pelakon Farahdhiya baru-baru ini ada berkongsi tentang kegiatannya bercuti ke Hat Yai, Thailand bersama dengan abang kandungnya, Lokman.
Sempat jugalah Farahdhiya berkongsi gambar dengan abang kesayangannya untuk tatapan peminat.
Kalau sudah adiknya cantik, maka abangnya pun mestilah tampan. Bak kata orang, sedap sungguh mata memandang.
Sudahlah putih, tinggi pula tu. Sampaikan pengarah dan juga produser terkenal, Sheila Rusly turut memuji ketampanan wajahnya.
“Abangnya pun. Helok! (elok),” puji Sheila.
Kalau ambil jadi hero dalam drama pun sesuai.
Selain Sheila, pengikut Farahdhiya dalam Instagram juga berduyun-duyun memuji kekacakan wajah abangnya yang masih lagi berstatus bujang itu.
Farahdhiya sebelum ini pernah kata, hubungan dia dan abangnya memang sangat rapat sebab mereka cuma dua beradik sahaja.
Tapi itulah, Farahdhiya tak tag pula akaun Instagram abangnya. Mungkin dia tak ada media sosial?
Nasib baiklah hati Diva sudah dimiliki. Kalau tidak, nak juga cuba-cuba ‘cucuk jarum’. Mana tahu boleh jadi kakak ipar Farahdhiya.
DIVA: Ramai betul penyanyi seberang mahu buat konsert di Malaysia. Penyanyi kita tak ada ke yang mahu buat konsert di Indonesia?