fbpx

Sukma 2022: Terengganu berjaya kuasai kriterium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN ABDUL RAHMAN berjaya meraih pingat emas dalam acara kriterium lelaki sejauh 80 kilometer pada Sukma 2022 yang berlangsung hari ini.

KONTINJEN Terengganu menguasai hari terakhir sukan berbasikal lebuh raya menerusi acara kriterium lelaki dan wanita Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 apabila merangkul pingat emas dalam kedua-dua acara tersebut hari ini.

Pada aksi final yang berlangsung di D’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan, Seremban semalam, Terengganu meraih emas menerusi Wan Abdul Rahman Hamdan bagi kategori lelaki (80 kilometer) manakala Ezzatie Fifiyana Shazwanie Shaiful Hisham menguasai acara wanita (50 kilometer).

Sebaik memenangi perlumbaan tersebut dengan mengutip 19 mata, Abdul Rahman mengakui berpuas hati kerana dapat menebus kekecewaan Terengganu yang gagal memenangi emas menerusi acara lepas beramai-ramai wanita kelmarin.

“Alhamdulillah dapat memenangi pingat emas hari ini (semalam). saya anggap kemenangan ini untuk menebus kekecewaan semalam  kerana kami benar-benar mahukan pingat emas.

“Memandangkan hari ini adalah hari terakhir bagi acara berbasikal lebuh raya, oleh itu saya sangat gembira untuk mendapatkan pingat emas buat kontinjen Terengganu,” kata Abdul Rahman yang beraksi pada temasya Sukma terakhirnya kali ini.

Dia turut mendedahkan agak tertekan sepanjang perlumbaan, namun kerjasama yang diberikan rakan sepasukan nyata memberi kelegaan dan membantunya untuk menamatkan perlumbaan sebagai pemenang.

“Memang agak tertekan turun untuk dapatkan emas kerana melihat atlet wanita sudah berjaya lakukannya. Saya beritahu rakan sepasukan agar berikan segala-galanya asalkan kami tamatkan perlumbaan sebagai pemenang,” ujarnya.

Sementara itu, Ezzatie Fifiyana melengkapkan hari cemerlang buat skuad berbasikal lebuh raya Terengganu apabila turut menyumbang emas selepas menamatkan perlumbaan 12 pusingan dengan 14 mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI