fbpx

Kakitangan NSTP positif Covid-19 lepas pulang dari Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Seorang kakitangan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) telah dijangkiti virus Covid-19 dan sedang dirawat di sebuah hospital kerajaan.

Syarikat Media Prima menerima makluman tersebut daripada pihak Kementerian Kesihatan.

“Kakitangan terbabit baru pulang daripada menjalankan tugasan editorial di Sabah pada 30 September dan telah menjalani ujian mandatori Covid-19 yang dikendali oleh Kementerian Kesihatan.

“Kakitangan berkenaan menjalani kuarantin sukarela di rumah sejak pulang dari Sabah, sebelum beliau didapati positif Covid-19,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Media Prima hari ini.

Menurut kenyataan itu, syarikat berkenaan sedang bekerjasama rapat dengan pihak Kementerian Kesihatan dan telah mengambil langkah-langkah pencegahan bagi meminimakan potensi jangkitan kepada kakitangan lain.

“Kakitangan terbabit sememangnya telah menjalani kuarantin sukarela di rumah dan tidak pernah berada di premis-premis Media Prima sejak pulang dari Sabah.

“Media Prima akan memberikan segala sokongan yang diperlukan kepada kakitangan terbabit dan mendoakan beliau diberikan kesembuhan segera,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI