fbpx

Kes dera: Pasangan suami isteri direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan cedera akibat dipukul dapat dilihat pada anggota badan kanak-kanak lelaki tersebut yang disyaki didera.

AMPANG – Pasangan suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes dera dan kurung seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di Kondominium Bella Vista, Jalan Cahaya 13, semalam direman selama tujuh.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek wanita yang berusia 33 tahun dan suaminya, 29 tahun direman bermula hari ini hingga 23 September.

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki yang tidak tahan dikurung dan disyaki mangsa dera bertindak melarikan diri melalui tingkap berjaya diselamatkan bomba dalam kejadian di sebuah kondominium di Jalan Cahaya 13, di sini semalam.

Kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun itu cuba keluar dari rumah berkenaan melalui tingkap dan dia dilihat berdiri di atas belebas tingkap di tingkat empat oleh penduduk kondominium itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, susulan kejadian itu, polis memberkas pasangan suami isteri berusia 33 tahun 29 tahun pada pukul 6 petang, hari yang sama.

“Suspek wanita yang tidak bekerja merupakan adik kandung kepada ibu mangsa dan tidak memiliki rekod lampau, manakala suaminya yang bekerja sebagai pemandu e-hailing mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan Seksyen 381 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI