fbpx

Lelaki 50 tahun kahwini gadis 14 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan pengantin tersebut memakai busana mengikut adat suku Sasak. - TikTok @utari_lestariy10

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan majlis perkahwinan antara seorang lelaki berusia 50 tahun dengan remaja perempuan berumur 14 tahun di Lombok, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Video yang dimuat naik di laman TikTok itu memaparkan pasangan pengantin tersebut memakai busana mengikut adat suku Sasak.

Majlis perkahwinan itu dikatakan dihadiri oleh ahli keluarga dan saudara-mara  terdekat.

Menurut individu yang merakam video tersebut, Sri Utari Dewi, perkahwinan berbeza usia seperti itu adalah sesuatu yang sering berlaku di Lombok.

“Tidak mengejutkan kerana orang di Lombok sudah biasa kahwin awal. Namun, pengantin perempuan berkahwin dengan lelaki jauh lebih tua seperti ini adalah sesuatu yang agak mengejutkan,” katanya.

Video tersebut menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen.

“Kelihatan seperti bapa dan anak,” kata seorang netizen.

“Mungkin jodoh saya belum lahir,” komen seorang lagi pengguna. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI