fbpx

YouTuber Thailand dikecam ajar perkataan ‘miang’ kepada rakan Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NISAMANEE dirakam mengajar perkataan tidak baik kepada rakannya dari Singapura. - KhaoSod

BANGKOK – Seorang pesohor YouTube di Thailand berdepan reaksi negatif netizen selepas mengajar perkataan tidak baik kepada seorang rakannya dari Singapura dan menghina wanita dari negaranya dengan kenyataan berbaur seksis, lapor laman berita Thaiger semalam.

Nisamanee ‘Nat’ Lertworapong ialah seorang pesohor YouTube dan blogger kecantikan popular di Thailand. Dia mempunyai kira-kira 1.84 juta pengikut di laman perkongsian video itu dan 1.7 juta di halaman Facebooknya.

Video kejadian dimuat naik pada Selasa lalu. Ia memaparkan perjalanan Nisamanee ke Singapura dengan mengunjungi beberapa gerai dan kedai makan jalanan bersama rakan-rakannya.

Nisamanee menjemput seorang rakan yang merupakan warganegara Singapura untuk menjadi pemandu pelancongnya bagi mengesyorkan kedai makan ‘wajib cuba’ di negara pulau itu.

Dalam sebahagian klip video tersebut, dia dilihat mengajar rakannya menyebut ‘ngaen’ iaitu perkataan kasar bermaksud miang dalam bahasa Thailand. 

“Apabila anda bertemu seseorang yang kelihatan baik, anda boleh berkata, wow! Saya ngean (miang) dengan kamu,” katanya.

Perbuatan itu menimbulkan kemarahan netizen dengan sebilangan mereka berpendapat Nisamanee tidak sepatutnya melakukan demikian. Selain itu, Nisamanee didapati menyebut sesuatu yang beraur seksis dalam video tersebut.

“Wanita Thailand tidak mempunyai wang yang banyak. ‘Transwomen ’ adalah teman wanita yang lebih baik kerana mereka kaya dan boleh memberi wang kepada seorang lelaki,” katanya.

Sesetengah netizen bersetuju bahawa video itu tidak sesuai dan berbaur seksis, tetapi sebilangan yang lain menganggap ia hanya perkara menghiburkan yang tidak berbahaya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI