fbpx

Russia beri amaran ‘heret’ AS dalam konflik perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putin (kanan) dan Jinping (kiri) bergambar ketika menghadiri persidangan Organisasi Kerjasama Shanghai di Samarkand, Uzbekistan, kelmarin. – AFP

SAMARKAND, UZBEKISTAN – Russia memberi amaran bahawa Amerika Syarikat (AS) akan ‘diheret’ ke dalam konflik peperangan antara Moscow dan Kiev sekiranya Washington terus membekalkan peluru berpandu kepada Ukraine, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Jurucakap Kementerian Luar Russia, Maria Zakharova berkata, AS dan sekutu-sekutunya yang membekalkan senjata kepada Kiev sebenarnya bersubahat dalam jenayah perang.

“Jika Washington membuat keputusan untuk membekalkan Kiev dengan peluru berpandu jarak jauh, ia akan melangkaui ‘garisan merah’ dan menjadi pihak yang terlibat secara langsung dalam konflik tersebut.

“Kami mempunyai hak untuk mempertahankan wilayah Russia menggunakan apa sahaja yang kami ada,” ujarnya.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Presiden Vladimir Putin mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping di luar persidangan Organisasi Kerjasama Shanghai di Samarkand, Uzbekistan  kelmarin.

Dalam ucapan pembukaan yang disiarkan di kaca televisyen, Putin berkata, Russia amat menghargai pendekatan neutral  China berkaitan konflik dengan Ukraine.

Beliau juga berharap agar Beijing terus membeli minyak dan gas dari Moscow bagi membantu Kremlin membiayai peperangan di Ukraine.

Jinping dalam masa sama memaklumkan bahawa Beijing akan bekerjasama dengan Moscow sebagai kuasa yang kuat.

Organisasi Kerjasama Shanghai yang digelar sebagai ‘kelab diktator’ ditubuhkan pada 1996 dan ia turut melibatkan beberapa negara lain termasuk Iran, India, Pakistan, Tajikistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Uzbekistan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI