fbpx

EPL: Antonio Conte beri amaran singkir bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HEUNG-MIN (kiri) dalam perhatian Conte ketika ini selepas prestasinya merosot teruk berbanding musim lalu apabila gagal meledak gol setakat ini. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte menuntut prestasi yang lebih meyakinkan daripada para pemainnya menentang Leicester City pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi esok.

Conte mengakui, tidak ter­agak-agak untuk menyingkirkan mana-mana bintangnya daripada kesebelasan utama jika gagal beraksi cemerlang seperti diharapkan pada aksi itu.

Ia merupakan amaran jelas daripada pengendali berusia 53 tahun dari Itali itu susulan kekalahan mengejut 0-2 kepada Sporting Lisbon pada aksi Liga Juara-Juara baru-baru ini.

“Tiada pemain yang kebal dan tidak boleh digugurkan. Saya memberitahu perkara ini dengan jelas supaya pemain akan bangkit ke tahap prestasi sebenar mereka.

“Saya tidak pernah melin­dungi mana-mana pemain. Anda perlu buktikan anda la­yak berada dalam pasukan ini dan kembali mencatat keputusan yang positif,” kata Conte.

Penyerang Spurs, Son Heung-min yang berkongsi Anugerah Kasut Emas musim lalu dengan bintang Liverpool, Mohamed Salah, masih gagal menjaringkan gol dalam enam perlawanan EPL setakat ini.

Justeru, aksi menentang Leicester adalah peluang terbaik untuk Heung-min kembali mendapatkan keyakinannya memandangkan lawan ketika ini berada pada tahap terburuk apabila menghuni tangga ter­corot tanpa kemenangan.

Skuad bimbingan Brendan Rodgers itu masih gagal mencatat sebarang kemenangan dan hanya berupaya meraih satu mata menyebabkan mereka terperosok ke tangga ter­corot EPL. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI