KUALA LUMPUR- Air Sungai Batang Benar di Negeri Sembilan disifatkan berbau seperti bangkai ekoran pencemaran yang berlaku di kawasan berkenaan.
Menurut Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, punca keadaan itu dikenal pasti sekitar kawasan perindustrian di sungai tersebut.
“Lokasi punca pencemaran sebenar masih disiasat,” katanya menerusi catatan Faceebok di sini semalam.
Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan sejumlah 309,687 akaun pengguna di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran operasi dua Loji Rawatan Air (LRA) dihentikan akibat insiden pencemaran di LRA itu.
Dua LRA terlibat ialah LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas sepenuhnya. – K! ONLINE