fbpx

Aliran trafik menuju Pantai Timur sesak, bermula dari Plaza Tol Gombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini laluan di Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak (KLK) menuju ke Pantai Timur.

PETALING JAYA – Aliran trafik menuju Pantai Timur dilaporkan sesak dan perlahan ketika ini susulan orang ramai mengambil peluang bercuti sempena sambutan Hari Malaysia pada hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), aliran trafik mulai sesak dan perlahan dari Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menuju ke Plaza Tol Gombak.

“Trafik juga sesak sepanjang 12.1 kilometer (KM) dari Plaza Tol Gombak menuju ke Genting Sempah (KM31.9).

“Trafik turut sesak sepanjang 3.3km dari KM33.9 dari arah Gombak menuju ke KM37. 2 berdekatan Genting Sempah,” kata LPT.

Bagaimanapun kata LPT, aliran trafik lancar disepanjang Lebuh Raya LPT1 dikedua-dua arah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI