fbpx

Juruteknik TNB maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di lokasi kemalangan maut membabitkan dua buah kenderaan di kilometer 7.2, Jalan Air Kuning Selatan-Sungai Dua semalam.

Oleh NOR AINNA HAMZAH

TAMPIN – Seorang juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Gemas maut selepas terbabit dalam nahas dua buah kenderaan di kilometer 7.2, Jalan Air Kuning Selatan-Sungai Dua di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 petang itu, mangsa, Muhamad Shahrul Johari, 20, beralamat di Felda Bukit Jalor, Gemencheh disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian susulan mengalami kecederaan parah.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab. Wahab, kemalangan berkenaan membabitkan sebuah motosikal jenis Honda RS 150 yang ditungangi mangsa dan sebuah kereta jenis Nissan Sentra.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dalam perjalanan ke Bukit Jalor untuk bermain sepak takraw. Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta jenis Nissan Sentra dari arah bertentangan telah masuk ke laluan mangsa dan berlaku perlanggaran.

“Akibat perlanggaran berkenaan, mangsa telah melambung dan terjatuh ke bahu jalan dan motosikal mangsa telah diseret oleh kereta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Anuwal berkata, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mangsa telah di bawa ke Hospital Tampin bagi proses bedah siasat.

Bagaimanapun menurutnya, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI