fbpx

Agong, Raja Permaisuri ucap selamat Hari Malaysia 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan Agong dan Raja Permaisuri di Facebook.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia pada 16 September 2022.

Laman Facebook Istana Negara memaklumkan, Seri Paduka Baginda berdua mendoakan semoga Malaysia terus dilindungi daripada semua bentuk ancaman dan musibah, diberkati dan dikurniakan kemakmuran serta perpaduan yang berkekalan.

Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-89 kepada seluruh warga angkatan tentera, para veteran angkatan tentera dan semua yang pernah berkhidmat bersama ATM.

“Selaku pemerintah tertinggi ATM, Seri Paduka Baginda amat menyanjung tinggi dan merakamkan setinggi penghargaan di atas jasa, khidmat bakti dan pergorbanan yang dicurahkan oleh seluruh warga dan bekas anggota ATM dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara yang kita cintai bersama ini.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada seluruh keluarga para perwira ATM yang telah terkorban semasa bertugas dan dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara,” kata Istana Negara hari ini.

Istana Negara berkata, Seri Paduka Baginda mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama solihin.

“Seri Paduka Baginda turut mendoakan semoga ATM terus menjadi sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa,” kata Istana Negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI