fbpx

Syarikat bayar pampasan, naik gaji 10 peratus jika pekerja letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syarikat memilih strategi itu untuk memastikan proses peralihan peletakan jawatan lebih lancar. - Gorilla Marketing

WASHINGTON – Sebuah syarikat pemasaran di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan bahawa mereka akan membayar kakitangan untuk meletak jawatan, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.

Syarikat tersebut, Gorilla, juga akan menawarkan kenaikan gaji sebanyak 10 peratus dalam tempoh notis berhenti sebagai pertukaran untuk meninggalkan syarikat itu.

Di LinkedIn, pengasas syarikat pemasaran Gorilla, Jon Franko, menggambarkan strategi itu sebagai satu proses peralihan yang lancar.

“Dari saat seorang pekerja memberitahu kami keputusan mereka untuk meninggalkan Gorilla dan bahawa mereka sedang mencari pekerjaan baharu, mana-mana pekerja sepenuh masa yang memberi kami notis sekurang-kurangnya enam minggu akan diberi 10 peratus kenaikan gaji untuk baki masa mereka berkhidmat di Gorilla.

“Kami akan meminta mereka untuk berhenti dalam tempoh tiga bulan. Dan kami berjanji, ia dibuat atas dasar profesionalisme,” kata Franko.

Menurut Franko, tindakan itu akan memberi manfaat kepada pekerja yang berasa terperangkap dalam syarikat tersebut.

“Ini menggalakkan orang ramai untuk melakukan sesuatu yang berbeza jika mereka berasa terperangkap atau berada di tempat yang salah.

“Ia juga memberi kita masa untuk bersedia bagaimana kita akan bergerak ke hadapan. Ia jauh lebih baik daripada kelam kabut mencari pengganti dua minggu sebelum pekerja meninggalkan syarikat,” katanya.

Franko berkata, walaupun beliau tidak mahu kakitangan meletak jawatan, namun ia adalah perkara mustahil untuk mengharapkan semuanya akan bersara di syarikat tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI