fbpx

Tiada lagi emoji, peminat masih ‘kempunan’ tengok muka Bilal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA hari ini memuat naik foto Bilal dari bahagian tepi yang mencetuskan rasa teruja dalam kalangan peminatnya.

PETALING JAYA – Nama si cilik popular, Muhammad Bilal sekali lagi menjadi buah mulut ramai selepas selebriti terkenal, Neelofa berkongsi foto anaknya itu dalam Instagram hari ini.

Berbeza dengan perkongsian sebelum ini, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, 33, tidak lagi menggunakan sebarang emoji untuk menutup wajah putera sulungnya itu.

“Okey Bilal, ummi akan berada di rumah hari ini,” tulis bekas pengacara Nona itu ringkas.

Selain itu, walaupun hanya menampakkan bahagian sisi kanan wajah Bilal, rata-rata netizen tetap berasa teruja.

Bagaimanapun, terdapat juga netizen yang menzahirkan kekecewaam kerana masih tidak dapat menatap wajah Bilal yang kini sudah berusia lapan bulan.

“Boleh kempunan nak tunggu Neelofa dedahkan wajah anaknya,” kata seorang penggunaInstagram.

“Masya-Allah comelnya. Walaupun hanya daripada bahagian tepi, seperti anak patung!” komen seorang lagi netizen.

Sejak bulan lalu, Neelofa dilihat semakin terbuka dan kerap berkongsi foto gelagat Bilal dalam Instagram.

Untuk rekod, Bilal yang merupakan anak pasangan popular Neelofa dan pendakwah bebas, Haris Ismail dilahirkan pada 29 Januari lalu.

Sejak dilahirkan, Neelofa dan Haris mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi wajah anak mereka kepada umum bagi mengelakkan sebarang penyakit ain (hasad dengki). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI