fbpx

Vaksin influenza percuma pada masa ini hanya buat Frontliners

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali memaklumkan pemberian vaksin influenza percuma pada masa ini hanya diberikan kepada petugas kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) sahaja.

Menurutnya, kakitangan KKM yang sudah diberikan vaksin influenza adalah sekitar 126,000 orang daripada 285,000 jumlah keseluruhannya.

Namun begitu, mengenai vaksin influenza akan diberikan kepada warga emas secara percuma masih dipertimbangkan dan KKM dikatakan bergerak ke arah itu.

“Data di luar negara menunjukkan, jika berumur 50 tahun ke atas keadaan kesihatan mungkin akan jadi lebih serius sehingga mampu menyebabkan implikasi yang akan membawa maut.

“Namun, setakat ini belum dilakukan lagi, tetapi kita ada perancangan ke arah itu dan Insha Allah kalau benda itu jadi kenyataan akan diumumkan Menteri Kesihatan (Khairy Jamaluddin),” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) di Auditorium HRC, di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI